Riwayat Rx-Water





Dr. Noordin Darus merupakan seorang doktor perubatan, pakar motivasi dan perunding kesejahteraan yang cukup terkenal. Sebagai ketua perubatan di Majlis Sukan Negara beliau telah membantu atlet-atlet tanah air mencapai prestasi maksima di medan sukan. Selepas meninggalkan Majlis Sukan Negara, beliau menjadi perunding kesejahteraan melalui seminar-seminar bersama syarikat-syarikat terkemuka. Dr. Noordin Darus juga sering muncul di kaca TV, radio dan artikel surat khabar mahupun majalah berkaitan isu-isu kesihatan dan kesejahteraan.

Oleh itu, diagnosis doktor pada tahun 2001 yang mengesahkan beliau menghidap penyakit kanser darah merupakan satu kejutan. Beliau harus melalui perit rawatan kanser, menyebabkan kemusnahan sel-sel darah dan kehilangan rambut serta penurunan berat badan secara mendadak. Tatkala melalui detik-detik getir ini, Dr. Noordin Darus tidak pernah patah semangat dan menyerah kepada kata-kata doktor sahaja. Beliau tertanya-tanya bagaimana seorang doktor dan pakar kesejahteraan yang menjaga makan dan minum dan sentiasa bersenam masih boleh menghidap kanser.


Kajian beliau mendapati bahawa salah satu punca kanser datangnya daripada sumber air yang mengandungi bahan-bahan radikal seperti klorin. Dari situ beliau mula berminta mendalami Terapi Air yang ketika itu masih di peringkat permulaan.

Jelas pada beliau bahawa ketika sedang mengalami rawatan kanser, air yang berbeza memberi tindak balas berbeza terhadap tubuh badannya. Kalau minum air masak sahaja, beliau lebih mudah rasa sakit dan mual selepas rawatan kemoterapi. Tetapi kalau minum air seperti air zam-zam, reaksinya positif. Pemahaman ini membuatkan beliau semakin teruja meneroka teknologi penapisan air. Dengan penyelidikan sendiri dan modal daripada simpanan, beliau mula mengeluarkan prototaip sistem penapisan yang mengaplikasikan teknologi dan teknik yang bersesuaian dengan falsafah beliau. Cukup menarik apabila beliau mendapat reaksi positif terhadap air tersebut dan mula bersemangat untuk berkongsi kehebatan air ini kepada pesakit-pesakit yang lain. 6 bulan selepas memulakan rawatan kanser dan beberapa bulan selepas memulakan Terapi Air, Dr. Noordin Darus kembali aktif mencari peluang mengembangkan penemuan ini.



Dari situlah bermulanya produk RxWater. Rx merupakan satu simbol unik yang digunakan oleh doktor-doktor perubatan apabila menulis preskripsi. Dan penggunaan Rx dalam RxWater amatlah sesuai kerana dari permulaan, produk ini unik kerana ianya bukan sekadar penapis air biasa tetapi menjanjikan air yang bersih lagi menyihatkan. Dikenali sebagai Air Aura pertama di pasaran, keberkesanan produk RxWater membuatkan semakin ramai individu berkongsi kisah RxWater kepada rakan masing-masing.
Pada tahun 2003, Rx-Water® mula dipasarkan secara besar-besaran melalui WorldWellness Network Sdn. Bhd., dan sehingga ke hari ini, lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman air Rx-Water®. Kini, setelah 7 tahun berlalu, Dato' Dr. Noordin kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water® untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan The All New Rx-Water® - sistem air 2 dalam 1 yang Unik, Suci dan Berkesan.

Penggunaan RxWater juga kini terdapat di:
1.  Istana N.Selangor - 7 unit
2.  Istana N.Johor - 13 unit
3.  Istana N.Kedah - 8 unit
4.  Istana Perak - 2 unit
5.  Kediaman PM di Putrajaya - 2 unit
6.  Kediaman Men.Kesihatan - 2 unit
7.  Kediaman MB Kelantan - 1 unit







0 comments:

Post a Comment