Wednesday, October 21, 2015

Adakah anda mencari water dispenser?


Tahukah anda RxWater juga ada dalam bentuk dispenser?

Teknologi Terapi Air Beraura Terkini!

WorldWellness telah diiktiraf sejak 2002 sebagai pengeluar sistem terapi air beraura yang terunggul di Malaysia. Sejak itu lebih daripada 100,000 orang telah mendapat manfaat daripada penggunaan Rx-Water.

Rx-Water SuperAura Dispenser adalah inovasi terbaru dan terkini yang dikeluarkan oleh WorldWellness bagi memenuhi kehendak pelanggan untuk memiliki sistem penapisan air yang terunggul dan berkesan.

Apa itu Sistem Rx-Water SuperAura Dispenser?
Rx-Water SuperAura Dispenser adalah satu sistem penapisan air yang boleh menghasilkan Rx-Water dalam suhu biasa dan panas. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, Rx-Water adalah air beraura yang bertenaga dan juga sangat sesuai untuk digunakan oleh semua golongan orang tanpa ragu-ragu dan tanpa rasa bimbang akan kesan sampingan. Pada masa yang sama ia juga boleh membantu menyembuhkan penyakit. Rx-Water SuperAura Dispenser mempunyai 5 Penapis Berkemampuan Tinggi yang memberikan anda air minuman panas tanpa mengganggu aura air tersebut.

Ciri-ciri:
Kualiti, kandungan dan struktur air mewujudkan air yang beraura.
Menggunakan teknologi air yang semulajadi.
Mudah untuk dipasang tanpa memerlukan cara pemasangan yang rumit dan peralatan yang digunakan tidak merbahaya.
Air dapat membersihkan dan membuang segala bahan-bahan yang merosakkan tubuh badan kita dan pada masa yang sama ia berupaya menyihatkan tubuh badan kita.
Mempunyai pilihan diantara air suhu bilik atau air panas pada tahap yang sesuai untuk membuat minuman panas dan masih lagi mengekalkan aura.
Tidak perlu dibotolkan, menjimatkan masa dan tenaga kerana air mengalir terus daripada paip.
Reka bentuk yang menarik, unik dan mudah dibawa kemana-mana.
Mempunyai tangki air tahan karat yang mampu menyimpan 4 liter air.
Air Rx-Water dijamin bersih, sihat, bertenaga dan sesuai untuk semua golongan.
Sesuai untuk digunakan di RUMAH, TEMPAT KERJA, KILANG, BANK, SEKLOAH, KOLEJ, UNIVERSITI, HOTEL, TERMINAL BAS, RESTORAN, BALAI BOMBA, SALUN KECANTIKAN, GEREJA, KUIL, GIM, SPA, KAMPUS TENTERA, LAPANGAN TERBANG dan sebagainya.



================================

Harga: RM3,710.00 (WM) / RM4,030 (EM)
-siap pemasangan (anda perlu confirmkan alamat pemasangan semasa buat pembelian)



================================

Berminat? Whatsapp 012.665 1657!




Monday, October 5, 2015

Penghargaan buat anda



Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda terhadap Rx-Water. Sebagai penghargaan, RxI mengadakan Hari Rx-Water Peringkat Nasional. Dapatkan keistimewaan sempena Hari Rx-Water. Maklumat lanjut boleh hubungi 012.665.1657

KHAS bagi:
1. Pemilik unit RxWater Gen 1 & 2
2. Pemilik penapis air lain 
3. Mereka yang berminat dengan terapi air
4. Mereka yang mencari peluang perniagaan dengan modal yang minima.

Rx-Water Day menawarkan:
1. Servis PERCUMA & tawaran diskaun Katrij
2. Tawaran TRADE-IN unit penapis air sehingga RM1000
3. Saringan Kesihatan Quantum + penerangan RxWater
4. Cenderahati pembelian
5. Tawaran pembelian + 2 tahun katrij
============================
Ingat Air, Ingat RxWater 💧

Wednesday, September 30, 2015

Buku CANCER CURED & PREVENTED NATURALLY adalah kompilasi kisah2 pesakit kanser yang berjaya sembuh dari kanser.




Buku ini mengumpulkan kisah individu-individu dari seluruh dunia yang menghidapi penyakit Kanser tetapi telah sembuh sepenuhnya dengan menggunakan kaedah 'Self-Help Strategies', 'Pemakanan dan Diet khusus', 'Terapi Minda dengan Meditasi, Mind Mastery, Holistic approach dan lain-lain.

Mereka semua telah membuktikan bahawa rawatan Kimoterapi & Radioterapi bukanlah semata-mata cara yang ada untuk memenangi pertarungan dengan Kanser walaupun pada tahap yang teruk.
Malah, kaedah rawatan Barat ini lebih mendatangkan bahaya pada tubuh dan sebenarnya menimbulkan 'keengganan' sistem semulajadi tubuh untuk bangun dan menentang sendiri sel-sel Kanser tersebut.

Dr. Noordin Darus merupakan salah seorang individu yang ditampilkan di dalam buku ini.
Ia menceritakan tentang penemuan hebat seorang Doktor perubatan dari Malaysia ini yang lebih dikenali sebagai Doktor Sukan dan juga seorang Cancer Survivor yang menjadi penawar kepada sejumlah besar pesakit-pesakit Kanser di negara ini.

Di dalam Chapter 8 dalam buku ini yang berbunyi 'Cancer & Water - Why Cancer Patients Desperately Need 'Pure' water?',
beliau menyatakan: "While I do not believe in endorsing any product, however, I think we should recognise Malaysian doctor and Sports Medicine Specialist Dr. Noordin Darus's contribution to purify and enliven polluted tap water. His suffering & suspicion regarding tap water motivated Dr. Noordin to embark on a personal mission to study and source other forms of therapy that would work best for him and others. The result of his R & D is Rx-Water, described as a unique water purification system that is said to "enhance the Aura of a person who drinks it". It is called Rx-Water Aura healing System.
+++++++++++++++++++++++++++++++++

Ingat air, Ingat RxWater.
Ingin bantu pesakit kanser in battling their cancer battle? Admin sangat2 hargai jika anda kongsikan Terapi Penyembuhan Air dengan pesakit, atau minta mereka hubungi Admin.

Anda boleh hubungi Admin melalui emel, Fb atau Whatsapp.

📱Whatsapp 012.665.1657


Monday, September 7, 2015

(TIPS) Terapi Air Part IV

(Tips dari Dato' Dr. Noordin Darus Fb

Sambungan dari Part III adalah jawapan kepada persoalan yang bagus dari salah seorang pembaca. 

1. Adakah air Reverse Osmosis bagus? 

Sebelum menjawab persoalan ini, harus dibezakan sistem penapisan air RO dengan konsep RO itu sendiri. Ada sistem penapisan air rumah berteraskan konsep RO tetapi telah ditambah nilai bagi menjawab kritikan terhadap air RO. 

Konsep RO itu sendiri bermula sebagai air tulen untuk tujuan perindustrian. Ia membuang segala jenis kotoran dan mineral menghasilkan air tulen seakan-akan air suling. Ini bagus bagi tujuan perindustrian tetapi tidak sesuai untuk diambil secara jangka masa panjang bagi tubuh badan manusia kerana ketiadaan sebarang mineral. 

Antara kritikan air RO termasuklah ketiadaan mineral & air yang bersifat terlalu asidik. Kelebihan air RO adalah ianya bebas sebarang pencemaran.
Pendapat saya adalah lebih baik jika boleh mencari sumber air minuman yang lebih menyerupai air minuman semulajadi. 

2. Apa pengalaman saya sewaktu menjalani kemoterapi dan reaksi terhadap jenis-jenis air diminum?

Kemoterapi adalah rawatan kanser yang membunuh sel-sel kanser di dalam tubuh badan. Di dalam proses itu, ianya juga menyebabkan kemusnahan sel-sel sihat (penjelasan ringkas). Antara kesan sampingan yang ketara adalah mudah jatuh sakit, keguguran rambut, lemah lesu dan hilang selera makan. 

Ketika saya menjalani rawatan, saya dihidangkan makanan dan air dari hospital. Memang tiada selera, jadi biasanya ahli keluarga akan bawa makanan dan minuman sendiri. Jelas dibandingkan perbezaan deria selera apabila saya minum air dari hospital dan air botol mineral (yang dibeli). Air masak SUSAH sangat untuk saya telan tetapi air mineral lebih mudah. Tetapi perbezaan paling ketara apabila saya diberikan air zam zam untuk diminum. Bukan sahaja lebih mudah diminum, tetapi ianya juga menambah "perasa" dalam selera makan. 

Dari situlah saya cuba melihat kenapa ini terjadi, dan membandingkannya dengan pesakit pesakit lain yang tidak cuba mendalami terapi air minuman sebagai alat bantuan. 

3. Inspirasi dan teknologi di sebalik RxWater

Saya inginkan air yang bersih, tetapi mempunyai kandungan mineral berserta ada proses penapisannya yang saya percaya membantu menghasilkan air yang lebih "menyihatkan".

Menghasilkan air yang bersih amat mudah. Mana-mana sistem penapisan pun akan menghasilkan air yang lebih bersih dan baik dari air paip dan air masak. 

Tetapi untuk acuan mineral dan aura air itu memerlukan eksperimen serta sistem kepercayaan tersendiri. Untuk sistem Rx-Water versi II saya meletakkan tugasan itu kenapa penapis Bamboo-Qun (arang buluh), bebola kristal, mineralized clay (tanah liat bermineral) dan beberapa komponen lain supaya menghasilkan air yang saya selesa acuannya. 

Begitu juga dengan proses penapisan 4 katrij, mengikut lawan arah jam, maklumat yang dipindahkan ke bebola kristal dan banyak lagi. 

Acuan ini boleh kita lihat di dalam laporan makmal. Lain penapis akan ada lain komposisinya. Saya hormati semua sistem di pasaran dan percaya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada pembeli mengikut objektif pembelian, kemampuan dan kepercayaan terhadap penerangan yang diberikan. 

Secara peribadi, saya sendiri dah lebih 14 tahun sejak menjalani rawatan kanser dan sepanjang tempoh tersebut saya sentiasa mengekalkan terapi air minuman (saya guna RxWater). Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan misi saya membantu sekurang-kurangnya 1,000,000 pesakit.

+++++++++++++++++++++++++

PESANAN ADMIN

Bagi pengguna Rx-Water generasi pertama (2003-2009) atau mana-mana penapis bernilai melebihi RM500, dapatkan pakej Trade-In dengan potongan sehingga RM1000 untuk Produk Rx-Water (Generasi 2) berserta Pakej Katrij 2 TAHUN.

Untuk konsultansi/pembelian, boleh hubungi Sri (wasap/sms) 012.665.1657. 





 


Monday, August 31, 2015

(TIPS) Terapi Air Part I, II & II

(Tips dari Dato' Dr. Noordin Darus Fb)

TERAPI AIR - Part I

Ramai sudah tahu bahawa saya memang percaya dengan keajaiban air minuman berkhasiat untuk membantu kesejahteraan hidup. 

Saya memang mengamalkan Terapi Air Minuman ketika menjalani proses kemoterapi. Saya mendapati bila dibandingkan dengan pesakit lain, saya lebih mudah menghadapi kesan sampingan kemoterapi, proses "recovery" lebih cepat, selera lebih meningkat dan banyak lagi. 

Terapi Air yang saya maksudkan berbeza dengan Water Therapy/HydroTherapy yang kalau kita semak juga amat popular. 

"Terapi Air Rx" merujuk kepada jenis air yang diminum dan protokol kita meminumnya. HydroTherapy pula merujuk biasanya kepada air mandian atau rendaman panas/sejuk untuk terapi tubuh badan. Kedua-duanya saya galakkan para pembaca mendalami tetapi saya lebih fokus kepada Terapi Air Rx/Minuman. 

Saya akan kupas lebih lanjut tentang Terapi Air Rx yang saya pelopori minggu hadapan. Buat masa sekarang, saya galakkan bagi mereka yang tiada penapis air berkualiti dan menyihatkan untuk mula menjinakkan diri meminum air mineral yang dibotolkan 2.5 liter sehari (bagi individu dewasa yang sihat, kurang sedikit untuk wanita) atau 8 gelas air mineral atau sebanyak mana yang anda rasa selesa. Anda akan mula rasai perbezaan yang ketara dalam tempoh sehari. 

+++++++++++++++++++++++++

TERAPI AIR - Part II

Apakah pesanan paling kerap diberikan doktor di klinik dan hospital bagi pesakit?

"Minum air banyak"

Dari masalah biasa seperti demam, selsema, batuk, migrain sehinggalah ke penyakit kronik seperti sakit sendi, jantung malah dalam proses pembedahan - pesakit selalu diingatkan untuk minum air kerap. 

Di antara fungsi-fungsi air di dalam tubuh badan:
1. Air merupakan pembawa nutrien, mineral dan glukosa kepada sel-sel tubuh badan. Kekurangan air akan mengurangkan "makanan" kepada sel - jika berlarutan membawa kepada kerosakan sel
2. Air juga membawa kotoran dan toksin keluar dari badan. Bayangkan buah pinggang kita sebagai "loji" memproses toksin - sekiranya pengambilan air mencukupi dan berkualiti, buah pinggang akan berfungsi secara optimum. Buktinya air kencing yang lebih jernih dan tidak berbau. Tetapi sekiranya kekurangan air, buah pinggang terpaksa bekerja lebih masa untuk memproses toksin - kalau berlarutan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
3. Air terlibat dalam proses menguraikan makanan-makanan kepada nutrien dan mineral untuk tubuh badan. Kekurangan air akan membantutkan penghadaman, melambatkan proses pengeluaran tenaga dari makanan.
4. Air adalah "penebat" penting bagi sendi, tulang, saraf tunjang, otak dan mata. Ia membantu mengurangkan geseran dan tekanan ke atas organ-organ.
Terlalu banyak lagi untuk disenaraikan. Selain dari itu, mengambil air minuman mencukupi membantu:
- mengawal berat badan
- mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit
- memberi tenaga kepada otot-otot
- membantu otak berfungsi pada kadar yang optimum

Dan banyak lagi.

Soalan saya: Setelah mengetahui kelebihan dan kepentingan air, mampukah anda mengambil mudah air yang anda minum? Bolehkah jenis air yang diminum meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda? 

(Akan dikupas dalam Part III)

+++++++++++++++++++++++++

TERAPI AIR - PART III

Setelah mengetahui kepentingan air di dalam tubuh badan, followers pula kena tahu jenis-jenis air yang masuk ke dalam tubuh badan kita.
Di sini terdapat pelbagai "mazhab" - qiblatnya sama tetapi pendekatan mungkin berbeza-beza. 

Saya kategorikan air kepada tiga jenis:

1. Air mati
Segala jenis air yang memudaratkan. Masih H20 tetapi ditokok tambah pewarna, perisa, dan bahan-bahan kimia lain yang mengubah wajah air dari bersih menjadi "kotor". Contoh: air kopi, minuman tin dan lain-lain. Air ini dianggap "mati" - tiada lagi roh air di dalamnya.
Termasuk di dalam kategori ini juga adalah air RO atau air suling - air yang telah diproses agar tiada lagi bahan mineral dll. Sekadar cecair H20 "jernih" sahaja. Air ini tidak membawa sebarang maklumat.
2. Air hidup
Air yang datang dari sumber-sumber asli seperti telaga, air terjun, air hujan dan banyak lagi. Biasanya tidak selamat untuk diminum secara terus.
3. Air hidup berpenawar
Air yang secara sifat semulajadi (dan kurniaan Allah SWT) melalui proses mineralisasi dan pensucian tersendiri untuk menghasilkan air yang selamat untuk diminum DAN mempunyai khasiat-khasiat. Contohnya: air zam-zam, air dari lembah Hunza (Pakistan), air pergunungan Okinawa (Jepun) dan banyak lagi. 

Ketika saya menjalani rawatan Kemoterapi saya mendapati pengambilan air-air pelbagai jenis ini membawa kesan sampingan mendalam terhadap rawatan. Saya terutamanya merasai perbezaan di antara air masak vs air mineral vs air zam zam.

Jadi konsep saya disebalik ciptaan Rx-Water adalah untuk sekurang-kurang menghasilkan air hidup berpenawar yang terbaik secara sistem mekanikal bagi kegunaan orang-ramai. Ianya mungkin tidak sebaik seperti yang datang secara semulajadi tetapi penggunaannya lebih praktikal untuk seharian. 

+++++++++++++++++++++++++

PESANAN ADMIN

Bagi pengguna Rx-Water generasi pertama (2003-2009) atau mana-mana penapis bernilai melebihi RM500, dapatkan pakej Trade-In dengan potongan sehingga RM1000 untuk Produk Rx-Water (Generasi 2) berserta Pakej Katrij 2 TAHUN.

Untuk konsultansi/pembelian, boleh hubungi Sri (wasap/sms) 012.665.1657. 



Saturday, August 22, 2015

Promo Terbaru Rx-Water - 1 Rumah, 1 Rx-Water

Salam pembaca semua,

Saya nak update promosi terbaru Rx-Water, sangat-sangat berbaloi.....mohon perhatian anda semua....~!

2 promosi, saya akan cerita satu persatu :) :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tawaran (1)  : 2 Tahun Penyelenggaraan Istimewa (Dengan Pembelian Sistem Rx-Water dengan Ozone).



Setiap pembelian Rx-Water dengan Ozone, anda akan dapat 2 tahun penyelenggaraan istimewa; 2 x katrij 1, 2 x katrij 2 dan 1 x katrij 3.   

 Mohon jangan lepaskan peluang ini. Setiap rumah perlu ada penapis air, pastikan penapis air anda BERMINERAL, mempunyai ELEMEN PENYEMBUHAN. Rx-Ozone yang datang sekali bersama penapis air Rx-Water, mengeluarkan air padat ozon untuk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia dan bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian.

Buat anda yang belum punya penapis air, mencari penapis air yang sesuai di rumah / pejabat....THIS IS IT..... Rx-Water wajib ada di setiap rumah!

Hubungi sRi (WhatsApp/SMS) untuk konsultansi / pembelian di 012.665.1657.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 
Tawaran (2)  :Tukar Penapis Air Lama Anda dan Dapatkan Potongan +
2 Tahun Penyelenggaraan Istimewa




Untuk anda yang sudah ada penapis air dan mahu trade-in dengan penapis air Rx-Water, potongan RM1,000 untuk setiap satu unit pembelian; RM3,000. Bukan itu sahaja, setiap pembelian anda akan dapat 2 tahun penyelenggaraan istimewa; 2 x katrij 1, 2 x katrij 2 dan 1 x katrij 3.

Hanya sah dengan penapis air yang bernilai RM500 ke atas sahaja.

Hubungi sRi (WhatsApp/SMS) untuk konsultansi / pembelian di 012.665.1657.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ciri-ciri Utama Rxwater

Sedikit beralkali (pH 7.6 – analisis oleh Sirim) - oleh itu air yang ditapis oleh Penapis RxWater membantu menyerap asid yang terhasil selepas metabolisma badan dan seterusnya dibuang melalui perpeluhan dan perkumuhan
Mengandungi antioksidan – ini membantu mencegah kanser dari berlaku dan membantu untuk awet muda
Sifat alkali dari air yang ditapis dengan penapis RxWater - mampu mengubah radikal bebas kepada oksigen untuk kegunaan badan. Air yang ditapis dengan penapis RxWater mengandungi oksigen yang tinggi
Penggunaan sinaran infra merah semulajadi - membantu memecahkan molekul air dan menjadikan molekul air yang lebih halus seperti penghasilan pai water yang mudah diserap oleh badan
Merangsang metabolisma tubuh – melalui penghasilan ‘Aura’ sewaktu proses penapisan
Mempunyai sifat air yang terbaik dan membantu menguatkan daya ingatan
Mengandungi Vitamin B2, B3, C, D, dan K. Kandungan mineral utama (sehingga 30 mineral) yang terdapat didalam air dikekalkan pada kadar yang optimum bagi mengelakkan risiko kekurangan atau berlebihan nutrient


Air yang ditapis dengan penapis RxWater juga disahkan megandungi protein untuk tenaga tambahan 
TIADA KESAN SAMPINGAN – penggunaan penapis Rx-Water membantu anda memperolehi kesihatan yang lebih baik
Pusingan air lawan jam berkonsepkan tawaf mengelilingi Kaabah
Penapis Rx-Water juga menyamak air untuk memastikan kesuciannya
Direka dan dikaji sendiri oleh Doktor perubatan yang pernah menghidap penyakit Kanser iaitu Dr Noordin Darus
Kawalan mutu bertaraf antarabangsa walaupun penapis RxWater ini adalah buatan tempatan
Penapis RxWater ini juga disokong oleh Program Well for Life dan Falsafah Kesejahteraan Sepanjang Hayat
Mudah dipasang dan dikendalikan serta menjimatkan ruang – kerana saiz  penapis RxWater yang kecil
Dijamin halal - kerana ia adalah produk buatan syarikat Bumiputera Malaysia. Kandungan bahan penapis didalam setiap katrij menggunakan bahan yang bersih dan halal sahaja



Untuk mereka yang pentingkan kesihatan & kesejahteraan diri dan keluarga, Rx-Water wajib ada di rumah. Tubuh badan kita mengandungi 70% air, air yang baik dapat menghasilkan sel-sel tubuh yang baik.

Terutama mereka yang sedang bergelut dengan penyakit kanser atau kenal pesakit kanser, tolong consider Rx-Water. Dato' Dr Noording Darus adalah buktinya....seorang bekas pesakit kanser tahap 4, seorang cancer survivor. Ikuti kisah survivalnya di tab 'Riwayat Rx-Water'.













Sunday, August 16, 2015

Mifiro Therapy Class 01 (B.Msia)






Pengertian MiFiRo: MInda FIzikal ROhaniah

Air Mati: Air yang telah dimasak, air yang tiada langsung mineralnya, air yang telah didedahkan pada kata2 kesat, air yang telah terdedah pada suhu panas.

Air Hidup: Contohnya air perigi, air hujan, air mata air, air gunung. 

Air Penawar:  Air ZamZam (Mekah), Air Hunza (Pakistan), Air Lembah Okinawa (Jepun), Air dari Lourde's (Perancis).

ir yang Hidup mempunyai sifat boleh ‘Mengingat atau Merakam’, ‘Menyimpan’ & ‘Memindahkan’ dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum.

Cara minum air: minum pagi, sebelum berus gigi. 




Jika anda rasa lemah, cek dulu jika anda kurang minum air. Nak makan panadol pun, kite telan guna air. Jadi pastikan air yang kita minum, air yang baik untuk tubuh badan kita. Semestinya pilihan kita air RxWater!