Showing posts with label Rx Water. Show all posts
Showing posts with label Rx Water. Show all posts

Monday, October 5, 2015

Penghargaan buat anda



Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda terhadap Rx-Water. Sebagai penghargaan, RxI mengadakan Hari Rx-Water Peringkat Nasional. Dapatkan keistimewaan sempena Hari Rx-Water. Maklumat lanjut boleh hubungi 012.665.1657

KHAS bagi:
1. Pemilik unit RxWater Gen 1 & 2
2. Pemilik penapis air lain 
3. Mereka yang berminat dengan terapi air
4. Mereka yang mencari peluang perniagaan dengan modal yang minima.

Rx-Water Day menawarkan:
1. Servis PERCUMA & tawaran diskaun Katrij
2. Tawaran TRADE-IN unit penapis air sehingga RM1000
3. Saringan Kesihatan Quantum + penerangan RxWater
4. Cenderahati pembelian
5. Tawaran pembelian + 2 tahun katrij
============================
Ingat Air, Ingat RxWater ðŸ’§

Monday, September 7, 2015

(TIPS) Terapi Air Part IV

(Tips dari Dato' Dr. Noordin Darus Fb

Sambungan dari Part III adalah jawapan kepada persoalan yang bagus dari salah seorang pembaca. 

1. Adakah air Reverse Osmosis bagus? 

Sebelum menjawab persoalan ini, harus dibezakan sistem penapisan air RO dengan konsep RO itu sendiri. Ada sistem penapisan air rumah berteraskan konsep RO tetapi telah ditambah nilai bagi menjawab kritikan terhadap air RO. 

Konsep RO itu sendiri bermula sebagai air tulen untuk tujuan perindustrian. Ia membuang segala jenis kotoran dan mineral menghasilkan air tulen seakan-akan air suling. Ini bagus bagi tujuan perindustrian tetapi tidak sesuai untuk diambil secara jangka masa panjang bagi tubuh badan manusia kerana ketiadaan sebarang mineral. 

Antara kritikan air RO termasuklah ketiadaan mineral & air yang bersifat terlalu asidik. Kelebihan air RO adalah ianya bebas sebarang pencemaran.
Pendapat saya adalah lebih baik jika boleh mencari sumber air minuman yang lebih menyerupai air minuman semulajadi. 

2. Apa pengalaman saya sewaktu menjalani kemoterapi dan reaksi terhadap jenis-jenis air diminum?

Kemoterapi adalah rawatan kanser yang membunuh sel-sel kanser di dalam tubuh badan. Di dalam proses itu, ianya juga menyebabkan kemusnahan sel-sel sihat (penjelasan ringkas). Antara kesan sampingan yang ketara adalah mudah jatuh sakit, keguguran rambut, lemah lesu dan hilang selera makan. 

Ketika saya menjalani rawatan, saya dihidangkan makanan dan air dari hospital. Memang tiada selera, jadi biasanya ahli keluarga akan bawa makanan dan minuman sendiri. Jelas dibandingkan perbezaan deria selera apabila saya minum air dari hospital dan air botol mineral (yang dibeli). Air masak SUSAH sangat untuk saya telan tetapi air mineral lebih mudah. Tetapi perbezaan paling ketara apabila saya diberikan air zam zam untuk diminum. Bukan sahaja lebih mudah diminum, tetapi ianya juga menambah "perasa" dalam selera makan. 

Dari situlah saya cuba melihat kenapa ini terjadi, dan membandingkannya dengan pesakit pesakit lain yang tidak cuba mendalami terapi air minuman sebagai alat bantuan. 

3. Inspirasi dan teknologi di sebalik RxWater

Saya inginkan air yang bersih, tetapi mempunyai kandungan mineral berserta ada proses penapisannya yang saya percaya membantu menghasilkan air yang lebih "menyihatkan".

Menghasilkan air yang bersih amat mudah. Mana-mana sistem penapisan pun akan menghasilkan air yang lebih bersih dan baik dari air paip dan air masak. 

Tetapi untuk acuan mineral dan aura air itu memerlukan eksperimen serta sistem kepercayaan tersendiri. Untuk sistem Rx-Water versi II saya meletakkan tugasan itu kenapa penapis Bamboo-Qun (arang buluh), bebola kristal, mineralized clay (tanah liat bermineral) dan beberapa komponen lain supaya menghasilkan air yang saya selesa acuannya. 

Begitu juga dengan proses penapisan 4 katrij, mengikut lawan arah jam, maklumat yang dipindahkan ke bebola kristal dan banyak lagi. 

Acuan ini boleh kita lihat di dalam laporan makmal. Lain penapis akan ada lain komposisinya. Saya hormati semua sistem di pasaran dan percaya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada pembeli mengikut objektif pembelian, kemampuan dan kepercayaan terhadap penerangan yang diberikan. 

Secara peribadi, saya sendiri dah lebih 14 tahun sejak menjalani rawatan kanser dan sepanjang tempoh tersebut saya sentiasa mengekalkan terapi air minuman (saya guna RxWater). Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan misi saya membantu sekurang-kurangnya 1,000,000 pesakit.

+++++++++++++++++++++++++

PESANAN ADMIN

Bagi pengguna Rx-Water generasi pertama (2003-2009) atau mana-mana penapis bernilai melebihi RM500, dapatkan pakej Trade-In dengan potongan sehingga RM1000 untuk Produk Rx-Water (Generasi 2) berserta Pakej Katrij 2 TAHUN.

Untuk konsultansi/pembelian, boleh hubungi Sri (wasap/sms) 012.665.1657. 





 


Monday, August 31, 2015

(TIPS) Terapi Air Part I, II & II

(Tips dari Dato' Dr. Noordin Darus Fb)

TERAPI AIR - Part I

Ramai sudah tahu bahawa saya memang percaya dengan keajaiban air minuman berkhasiat untuk membantu kesejahteraan hidup. 

Saya memang mengamalkan Terapi Air Minuman ketika menjalani proses kemoterapi. Saya mendapati bila dibandingkan dengan pesakit lain, saya lebih mudah menghadapi kesan sampingan kemoterapi, proses "recovery" lebih cepat, selera lebih meningkat dan banyak lagi. 

Terapi Air yang saya maksudkan berbeza dengan Water Therapy/HydroTherapy yang kalau kita semak juga amat popular. 

"Terapi Air Rx" merujuk kepada jenis air yang diminum dan protokol kita meminumnya. HydroTherapy pula merujuk biasanya kepada air mandian atau rendaman panas/sejuk untuk terapi tubuh badan. Kedua-duanya saya galakkan para pembaca mendalami tetapi saya lebih fokus kepada Terapi Air Rx/Minuman. 

Saya akan kupas lebih lanjut tentang Terapi Air Rx yang saya pelopori minggu hadapan. Buat masa sekarang, saya galakkan bagi mereka yang tiada penapis air berkualiti dan menyihatkan untuk mula menjinakkan diri meminum air mineral yang dibotolkan 2.5 liter sehari (bagi individu dewasa yang sihat, kurang sedikit untuk wanita) atau 8 gelas air mineral atau sebanyak mana yang anda rasa selesa. Anda akan mula rasai perbezaan yang ketara dalam tempoh sehari. 

+++++++++++++++++++++++++

TERAPI AIR - Part II

Apakah pesanan paling kerap diberikan doktor di klinik dan hospital bagi pesakit?

"Minum air banyak"

Dari masalah biasa seperti demam, selsema, batuk, migrain sehinggalah ke penyakit kronik seperti sakit sendi, jantung malah dalam proses pembedahan - pesakit selalu diingatkan untuk minum air kerap. 

Di antara fungsi-fungsi air di dalam tubuh badan:
1. Air merupakan pembawa nutrien, mineral dan glukosa kepada sel-sel tubuh badan. Kekurangan air akan mengurangkan "makanan" kepada sel - jika berlarutan membawa kepada kerosakan sel
2. Air juga membawa kotoran dan toksin keluar dari badan. Bayangkan buah pinggang kita sebagai "loji" memproses toksin - sekiranya pengambilan air mencukupi dan berkualiti, buah pinggang akan berfungsi secara optimum. Buktinya air kencing yang lebih jernih dan tidak berbau. Tetapi sekiranya kekurangan air, buah pinggang terpaksa bekerja lebih masa untuk memproses toksin - kalau berlarutan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
3. Air terlibat dalam proses menguraikan makanan-makanan kepada nutrien dan mineral untuk tubuh badan. Kekurangan air akan membantutkan penghadaman, melambatkan proses pengeluaran tenaga dari makanan.
4. Air adalah "penebat" penting bagi sendi, tulang, saraf tunjang, otak dan mata. Ia membantu mengurangkan geseran dan tekanan ke atas organ-organ.
Terlalu banyak lagi untuk disenaraikan. Selain dari itu, mengambil air minuman mencukupi membantu:
- mengawal berat badan
- mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit
- memberi tenaga kepada otot-otot
- membantu otak berfungsi pada kadar yang optimum

Dan banyak lagi.

Soalan saya: Setelah mengetahui kelebihan dan kepentingan air, mampukah anda mengambil mudah air yang anda minum? Bolehkah jenis air yang diminum meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda? 

(Akan dikupas dalam Part III)

+++++++++++++++++++++++++

TERAPI AIR - PART III

Setelah mengetahui kepentingan air di dalam tubuh badan, followers pula kena tahu jenis-jenis air yang masuk ke dalam tubuh badan kita.
Di sini terdapat pelbagai "mazhab" - qiblatnya sama tetapi pendekatan mungkin berbeza-beza. 

Saya kategorikan air kepada tiga jenis:

1. Air mati
Segala jenis air yang memudaratkan. Masih H20 tetapi ditokok tambah pewarna, perisa, dan bahan-bahan kimia lain yang mengubah wajah air dari bersih menjadi "kotor". Contoh: air kopi, minuman tin dan lain-lain. Air ini dianggap "mati" - tiada lagi roh air di dalamnya.
Termasuk di dalam kategori ini juga adalah air RO atau air suling - air yang telah diproses agar tiada lagi bahan mineral dll. Sekadar cecair H20 "jernih" sahaja. Air ini tidak membawa sebarang maklumat.
2. Air hidup
Air yang datang dari sumber-sumber asli seperti telaga, air terjun, air hujan dan banyak lagi. Biasanya tidak selamat untuk diminum secara terus.
3. Air hidup berpenawar
Air yang secara sifat semulajadi (dan kurniaan Allah SWT) melalui proses mineralisasi dan pensucian tersendiri untuk menghasilkan air yang selamat untuk diminum DAN mempunyai khasiat-khasiat. Contohnya: air zam-zam, air dari lembah Hunza (Pakistan), air pergunungan Okinawa (Jepun) dan banyak lagi. 

Ketika saya menjalani rawatan Kemoterapi saya mendapati pengambilan air-air pelbagai jenis ini membawa kesan sampingan mendalam terhadap rawatan. Saya terutamanya merasai perbezaan di antara air masak vs air mineral vs air zam zam.

Jadi konsep saya disebalik ciptaan Rx-Water adalah untuk sekurang-kurang menghasilkan air hidup berpenawar yang terbaik secara sistem mekanikal bagi kegunaan orang-ramai. Ianya mungkin tidak sebaik seperti yang datang secara semulajadi tetapi penggunaannya lebih praktikal untuk seharian. 

+++++++++++++++++++++++++

PESANAN ADMIN

Bagi pengguna Rx-Water generasi pertama (2003-2009) atau mana-mana penapis bernilai melebihi RM500, dapatkan pakej Trade-In dengan potongan sehingga RM1000 untuk Produk Rx-Water (Generasi 2) berserta Pakej Katrij 2 TAHUN.

Untuk konsultansi/pembelian, boleh hubungi Sri (wasap/sms) 012.665.1657. 



Sunday, August 16, 2015

Mifiro Therapy Class 01 (B.Msia)






Pengertian MiFiRo: MInda FIzikal ROhaniah

Air Mati: Air yang telah dimasak, air yang tiada langsung mineralnya, air yang telah didedahkan pada kata2 kesat, air yang telah terdedah pada suhu panas.

Air Hidup: Contohnya air perigi, air hujan, air mata air, air gunung. 

Air Penawar:  Air ZamZam (Mekah), Air Hunza (Pakistan), Air Lembah Okinawa (Jepun), Air dari Lourde's (Perancis).

ir yang Hidup mempunyai sifat boleh ‘Mengingat atau Merakam’, ‘Menyimpan’ & ‘Memindahkan’ dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum.

Cara minum air: minum pagi, sebelum berus gigi. 




Jika anda rasa lemah, cek dulu jika anda kurang minum air. Nak makan panadol pun, kite telan guna air. Jadi pastikan air yang kita minum, air yang baik untuk tubuh badan kita. Semestinya pilihan kita air RxWater!


Tuesday, June 30, 2015

...::: Rahsia Terapi Air + RxCrystal dan Kanser :::...



Sebelum itu, jom kita ikuti RIWAYAT bagaimana terlahirnya Rxwater


Dr. Noordin Darus merupakan seorang doktor perubatan, pakar motivasi dan perunding kesejahteraan yang cukup terkenal. Sebagai ketua perubatan di Majlis Sukan Negara beliau telah membantu atlet-atlet tanah air mencapai prestasi maksima di medan sukan. Selepas meninggalkan Majlis Sukan Negara, beliau menjadi perunding kesejahteraan melalui seminar-seminar bersama syarikat-syarikat terkemuka. Dr. Noordin Darus juga sering muncul di kaca TV, radio dan artikel surat khabar mahupun majalah berkaitan isu-isu kesihatan dan kesejahteraan. 


Oleh itu, diagnosis doktor pada tahun 2001 yang mengesahkan beliau menghidap penyakit kanser darah merupakan satu kejutan. Beliau harus melalui perit rawatan kanser, menyebabkan kemusnahan sel-sel darah dan kehilangan rambut serta penurunan berat badan secara mendadak. Tatkala melalui detik-detik getir ini, Dr. Noordin Darus tidak pernah patah semangat dan menyerah kepada kata-kata doktor sahaja. Beliau tertanya-tanya bagaimana seorang doktor dan pakar kesejahteraan yang menjaga makan dan minum dan sentiasa bersenam masih boleh menghidap kanser. 


Kajian beliau mendapati bahawa salah satu punca kanser datangnya daripada sumber air yang mengandungi bahan-bahan radikal seperti klorin. Dari situ beliau mula berminta mendalami Terapi Air yang ketika itu masih di peringkat permulaan. 


Jelas pada beliau bahawa ketika sedang mengalami rawatan kanser, air yang berbeza memberi tindak balas berbeza terhadap tubuh badannya. Kalau minum air masak sahaja, beliau lebih mudah rasa sakit dan mual selepas rawatan kemoterapi. Tetapi kalau minum air seperti air zam-zam, reaksinya positif. Pemahaman ini membuatkan beliau semakin teruja meneroka teknologi penapisan air. Dengan penyelidikan sendiri dan modal daripada simpanan, beliau mula mengeluarkan prototaip sistem penapisan yang mengaplikasikan teknologi dan teknik yang bersesuaian dengan falsafah beliau. Cukup menarik apabila beliau mendapat reaksi positif terhadap air tersebut dan mula bersemangat untuk berkongsi kehebatan air ini kepada pesakit-pesakit yang lain. 6 bulan selepas memulakan rawatan kanser dan beberapa bulan selepas memulakan Terapi Air, Dr. Noordin Darus kembali aktif mencari peluang mengembangkan penemuan ini.

Dari situlah bermulanya produk RxWater. Rx merupakan satu simbol unik yang digunakan oleh doktor-doktor perubatan apabila menulis preskripsi. Dan penggunaan Rx dalam RxWater amatlah sesuai kerana dari permulaan, produk ini unik kerana ianya bukan sekadar penapis air biasa tetapi menjanjikan air yang bersih lagi menyihatkan. Dikenali sebagai Air Aura pertama di pasaran, keberkesanan produk RxWater membuatkan semakin ramai individu berkongsi kisah RxWater kepada rakan masing-masing. 


Pada tahun 2003, Rx-Water® mula dipasarkan secara besar-besaran melalui WorldWellness Network Sdn. Bhd., dan sehingga ke hari ini, lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman air Rx-Water®. Kini, setelah 7 tahun berlalu, Dato' Dr. Noordin kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water® untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan The All New Rx-Water® - sistem air 2 dalam 1 yang Unik, Suci dan Berkesan.


Penggunaan RxWater juga kini terdapat di:
1.  Istana N.Selangor - 7 unit
2.  Istana N.Johor - 13 unit
3.  Istana N.Kedah - 8 unit
4.  Istana Perak - 2 unit
5.  Kediaman PM di Putrajaya - 2 unit
6.  Kediaman Men.Kesihatan - 2 unit
7.  Kediaman MB Kelantan - 1 unit



Dengan ciptaan terkini Dato Dr Noordin Darus; Rx Crystal, dan digabungkan dengan Rx-Water, InsyaALLAH ada harapan untuk pesakit kanser dan pesakit kronik yang lain untuk sembuh. 

*





 ++++++++++++++++++++++++++++++

Harga Rx Water tanpa Ozon:
Pakej Gold: RM2,200 (Semenanjung), RM2,300 (Sabah/Sarawak)

Harga Rx Crystal: RM190 sebotol (Semenanjung), RM210 (Sabah/Sarawak)

Pakej Platinum: RM3,900
-> Rx-Water dengan Ozon x 1 unit
-> RxTra x 1 botol
-> RxCrystal x 1 botol
-> RxMeridien x 1 botol
-> RxOne x 1 kotak
-> RxSalt x 1 botol

*Harga tidak termasuk kos penghantaran

+++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk konsultansi / pembelian boleh email ke sri.indah.rini@gmail.com atau Whatsapp/sms ke 012.665.1657




Monday, June 29, 2015

...::: Projek Duit Raya :::...

...::: Projek Duit Raya :::...

Ada yang berminat nak kumpul duit raya sehingga RM42,000 dalam sebulan??

Sekiranya anda seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, sedang dihimpit dengan kos kehidupan yang meningkat dengan tinginya...anda pasti tercari-cari jalan untuk menambah pendapatan, terutama di bulan Ramadhan ini.

Jika anda masih tercari-cari peluang yang RENDAH MODAL, PESAT BERKEMBANG dan KEUNTUNGAN BERGANDA - inilah peluang anda!

Kelebihan
(1) Modal serendah RM190 selama 2 bulan berniaga
(2) Untung harian RM200 - RM3,000
(3) Modal diguna membeli produk - sama ada dipakai sendiri atau dijual
(4) PERLINDUNGAN INSURANS sehingga RM100,000
(5) Hanya perlukan 2 pelanggan / usahawan


:: Promosi Ramadhan - Syawal (18 Jun - 2 Ogos 2015) ::

Setiap minggu (Isnin-Ahad) sepanjang tempoh promosi, jika anda berjaya mencari dua francais baru, anda akan menerima produk RxTra bernilai RM240 (dua-dua pakej Silver) sehinggalah RM1,440 (dua-dua pakej Platinum).

Berminat?! Sangat mudahkan?!

PM atau Whatsapp/SMS 012-665 1657 untuk pembelian / konsultansi.






Wednesday, June 10, 2015

Sakit lutut?


Salam semua,

Siapa sini pernah experience sakit lutut? Sengal2...dari posisi duduk masa solat tu, nak bangkit punya lah payah....

Personal experience saya, masa umur mid twenties (many years ago haha), saya pernah bekerja di kedai kek beberapa bulan. Saya kerja dari 7.30am sampai closing pukul 11pm. Kerja outlet macam ni, mana lah dapat duduk sangat...hari2 berdiri.

Satu hari, pergelangan tangan dan kaki saya rasa sakit sangat2....gerak sikit rasa sakit. 
Jupa doc, doc cakap mild arthritis.  Rasa saspen jugak sebab setau saya sakit artritis ni sakit orang tua. Tapi bila google, rupanya orang muda pun boleh dapat.

Jadi saya faham rasa sakit artritis tu macam mana. 

Dan baru2 ni saya di uji...sakit lutut pulak...Ya Allah, sekali lagi Allah nak 'remind' saya agaknya yang tak payah tunggu umur 50-60 tahun, sakit yang kita ingat orang tua je dapat..kite yang muda (hehe saya perasan muda lagi) pun boleh dapat.

Beberapa bulan jugak la sakit. Tak tau kenapa, saya duk tangguh2 ambil Rx Crystal walaupun saya ada stok di rumah. 
Satu hari, Allah ilhamkan ambil Rx Crystal dan minum Rx Water (sambil berdoa pada Allah; minta kelegaan dan kesembuhan). 

Alhamdulillah, kuasa Allah...esoknya lutut saya ok sangat, macam tak pernah sakit apa...
Ya ALLAH rasa terpegun sekejap....

Apa yang saya nak kongsikan, ambillah Rx Crystal sebagai pemangkin kesembuhan, sambil tu kita doa banyak2 pada Allah. Juga...yakinlah yg Allah akan memberikan kesembuhan tu.... 

 Usaha + Tawakal + Yakin

Kalau nak order, boleh whatssap saya di 012.665.1657 atau PM saya di Fb

RxCrystal Pemangkin Stem Cell.


Harga sebotol / sekotak: RM190 (untuk caj penghantaran tambah RM12)


Sunday, May 17, 2015

RxTra OLEH PROF DATO' DR NOORDIN DARUS, PJ.



RxTra sebagai 'insurans' kesihatan tubuh badan & sel2 kita.

Kenapa anda perlukannya :
  • Meningkatkan kandungan vitamin dan mineral
  • Mudah di serap tubuh badan
  • Menghalang jangkitan virus dan bakteria
  • Meningkatkan imuniti tubuh
  • Menambah tenaga dalaman



RxTra-banner

Makanan Sel Harian
RxTra merupakan satu penemuan yang menakjubkan dalam keafiatan sel. Ia merangkumi sains molekul, tenaga kosmik dan ekstrak terbaik alam semulajadi, yang diadun sebagai minuman kesihatan 100% asli untuk seisi keluarga.
Kenapa anda perlukannya :
  • Meningkatkan kandungan vitamin dan mineral
  • Mudah di serap tubuh badan
  • Menghalang jangkitan virus dan bakteria
  • Meningkatkan imuniti tubuh
  • Menambah tenaga dalaman
Keistimewaan Shilajit di dalam RxTra :
  • Shilajit merupakan salah satu formula unik yang terdapat di dalam RxTra
  • Dalam bahasa sanskrit, shilajit bermaksud “penjajah gunung dan penghapus
    kelemahan”.
  • Ia merupakan sejenis mineral yang menitik daripada celahan rekahan batu pada
    musim panas.
  • Membantu dalam mengurangkan masalah penghadaman, meningkatkan daya
    ingatan dan membantu menangani tekanan, membantu penyakit diabetis,
    mengurangkan masalah alergik, memperbaiki kualiti hidup.
  • Membantu membawa nutrien jauh ke dalam tisu dan membuang toksin.
  • Merangsangkan sistem imun & mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
  • Mempercepatkan pertumbuhan hormon di kalangan pesakit diabetis.
  • Membantu lemah tenaga batin.
Cara pengambilan yang disyorkan (Umur 10 tahun keatas & Dewasa)
  • Goncangkan botol Rx-Tra sebelum digunakan.
  • Tambah 10 titik ke dalam 250ml air, kacau dan minum. Ambil dua kali sehari.
*Pengguna di bawah umur 10 tahun
  • Titisan mengikut peringkat umur. Contoh : Jika berumur 6 tahun, sekali ambil 6 titik.
  • Ambil dua kali sehari.

Prof bercerita bagaimana terhasilnya RxTra, apa istimewanya RxTra. Dengarkan.

Cara makan:
Dewasa: 10 titik pagi, 10 titik malam

Untuk pesakit Eczema, sakit kulit; titiskan beberapa titik RxTra ke dalam air mandi.




Sunday, August 3, 2014

Promosi Raya (1hb - 31hb Ogos 2014)

Harga promosi yang sangat2 berbaloi, contact admin untuk konsultansi / pembelian.

Whatsapp: 012-665 1657
PM fb: Rx Crystal by Worldwellness | Water Filter Beraura & Halal | BodyCurve Inspirasi Cosry






Wednesday, April 16, 2014

Rx Crystal - Testimoni saya

Apa khabar semua?
Saya harap sihat2 dan bahagia bersama keluarga dalam menjalani kehidupan seharian.

Post kali ini, saya nak berkongsi with readers pengalaman saya dengan Rx Crystal.

Saya bersalin anak ketiga Oct 2013. Awal tahun 2014 ni, tiba2 kaki saya sakit...saya tak sure sendi, atau urat...tapi bila masa solat tu, especially bila duduk nak berdiri...rasa sakit sgt. Mula2 takut jugak nak cuba Rx Crystal, sebab saya menyusu. Tapi sebab saya nak rasa dan tengok Rx Crystal ngam tak dengan saya...Saya cuba Rx Crystal...tapi saya ni sejujurnya bukan la orang yang berdisiplin makan ubat. Jadi ada hari ingat, ada hari lupa.
Tapi Alhamdulillah dalam masa seminggu tu saya rasa perubahan pada kaki. Sampai sekarang Alhamdulillah, rasa lega. Kalau tak, dari posisi duduk nak bangun, atau berjalan..terasa sakitnya.

Excited saya nak kongsi pengalaman di sini :):)

Ada satu lagi cerita saya nak bercerita. Kisah makcik cleaner rumah mak saya. Kesian dia, anak ke-dua meninggal akhir awal tahun ni sebab DENGGI! Kesian sangat saya tengok makcik lepas anak dia meninggal...kuruuusss sangat, sedih di hati Allah je yang tahu.

Allah uji makcik lagi anak yang pertama pula dapat DENGGI baru2 ni :(
Saya bagi Rx Crystal saya dengan harapan Allah jadikan Rx Crystal sebagai penawar. Tak sanggup nak dengar berita sedih lagi....
Alhamdulillah :)
Allah dengar doa hambanya...beberapa hari lepas makan Rx Crystal, demamnya dahh reda, platlet darah naik normal....sekarang dah ok, dah sambung balik internshipnya :):)

*Kalau anda pernah membeli Rx Crystal (atau produk WWN/RxI) dan ada testimoni, marilah berkongsi...Sharing is Caring kan kan kan ?!


 *Makcik ni dah bekerja dengan keluarga kami 7 tahun dah..laju dia buat keje :)








Monday, March 17, 2014

Pusat Terapi Mifiro

Pusat Terapi Mifiro adalah pusat kesejahteraan alternative paling lengkap di Malaysia untuk penyakit kronik.

Pusat Terapi MiFiRo diasaskan oleh Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar dalam perubatan kesejahteraan, yang juga merupakan bekas pesakit kanser. 

Kini, dengan pengalaman sebagai pelopor kesejahteraan alternatif dan hasil selidikan terkini, beliau memulakan usaha baru untuk membantu lebih ramai orang mengatasi keperitan dari penyakit-penyakit kronik.

Pusat Terapi Mifiro Bersedia Membantu Anda Yang Menpunyai Masalah:

Penyakit Kronik
  • Kanser
  • Angin Ahmar
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kolestrol Tinggi
  • Kencing Manis
  • Arthritis
  • Penyakit Kardiovaskular
  • Migrain
  • Lelah/Asma
  • Resdung
  • Ekzema
  • Gastrik
  • Hormon Tidak Seimbnag & lain-lain
Masalah Psikologi
  • Tekanan Emosi
  • Insomnia
  • Resah
  • Fobia
  • Masalah Memori
  • Ketagihan & lain-lain
Pengurusan Sakit
  • Sakit Sendi
  • Pasca Pembedahan
  • Gout
  • Pheumatoid
  • SLE
  • Sakit Puan & lain-lain
Anti-Penuaan & Kecantikan
  • Kedut
  • Kulit Kendur
  • Sakit Sendi
  • Masalah Seksual & lain-lain
Pengurusan Berat Badan

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika anda mahu membuat temujanji konsultansi dengan Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus, boleh contact saya (detail seperti di bawah). 

Sri
012.665.1657 (sms/whatsapp) | sri.indah.rini@gmail.com