Monday, August 31, 2015

(TIPS) Terapi Air Part I, II & II

(Tips dari Dato' Dr. Noordin Darus Fb)

TERAPI AIR - Part I

Ramai sudah tahu bahawa saya memang percaya dengan keajaiban air minuman berkhasiat untuk membantu kesejahteraan hidup. 

Saya memang mengamalkan Terapi Air Minuman ketika menjalani proses kemoterapi. Saya mendapati bila dibandingkan dengan pesakit lain, saya lebih mudah menghadapi kesan sampingan kemoterapi, proses "recovery" lebih cepat, selera lebih meningkat dan banyak lagi. 

Terapi Air yang saya maksudkan berbeza dengan Water Therapy/HydroTherapy yang kalau kita semak juga amat popular. 

"Terapi Air Rx" merujuk kepada jenis air yang diminum dan protokol kita meminumnya. HydroTherapy pula merujuk biasanya kepada air mandian atau rendaman panas/sejuk untuk terapi tubuh badan. Kedua-duanya saya galakkan para pembaca mendalami tetapi saya lebih fokus kepada Terapi Air Rx/Minuman. 

Saya akan kupas lebih lanjut tentang Terapi Air Rx yang saya pelopori minggu hadapan. Buat masa sekarang, saya galakkan bagi mereka yang tiada penapis air berkualiti dan menyihatkan untuk mula menjinakkan diri meminum air mineral yang dibotolkan 2.5 liter sehari (bagi individu dewasa yang sihat, kurang sedikit untuk wanita) atau 8 gelas air mineral atau sebanyak mana yang anda rasa selesa. Anda akan mula rasai perbezaan yang ketara dalam tempoh sehari. 

+++++++++++++++++++++++++

TERAPI AIR - Part II

Apakah pesanan paling kerap diberikan doktor di klinik dan hospital bagi pesakit?

"Minum air banyak"

Dari masalah biasa seperti demam, selsema, batuk, migrain sehinggalah ke penyakit kronik seperti sakit sendi, jantung malah dalam proses pembedahan - pesakit selalu diingatkan untuk minum air kerap. 

Di antara fungsi-fungsi air di dalam tubuh badan:
1. Air merupakan pembawa nutrien, mineral dan glukosa kepada sel-sel tubuh badan. Kekurangan air akan mengurangkan "makanan" kepada sel - jika berlarutan membawa kepada kerosakan sel
2. Air juga membawa kotoran dan toksin keluar dari badan. Bayangkan buah pinggang kita sebagai "loji" memproses toksin - sekiranya pengambilan air mencukupi dan berkualiti, buah pinggang akan berfungsi secara optimum. Buktinya air kencing yang lebih jernih dan tidak berbau. Tetapi sekiranya kekurangan air, buah pinggang terpaksa bekerja lebih masa untuk memproses toksin - kalau berlarutan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
3. Air terlibat dalam proses menguraikan makanan-makanan kepada nutrien dan mineral untuk tubuh badan. Kekurangan air akan membantutkan penghadaman, melambatkan proses pengeluaran tenaga dari makanan.
4. Air adalah "penebat" penting bagi sendi, tulang, saraf tunjang, otak dan mata. Ia membantu mengurangkan geseran dan tekanan ke atas organ-organ.
Terlalu banyak lagi untuk disenaraikan. Selain dari itu, mengambil air minuman mencukupi membantu:
- mengawal berat badan
- mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit
- memberi tenaga kepada otot-otot
- membantu otak berfungsi pada kadar yang optimum

Dan banyak lagi.

Soalan saya: Setelah mengetahui kelebihan dan kepentingan air, mampukah anda mengambil mudah air yang anda minum? Bolehkah jenis air yang diminum meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda? 

(Akan dikupas dalam Part III)

+++++++++++++++++++++++++

TERAPI AIR - PART III

Setelah mengetahui kepentingan air di dalam tubuh badan, followers pula kena tahu jenis-jenis air yang masuk ke dalam tubuh badan kita.
Di sini terdapat pelbagai "mazhab" - qiblatnya sama tetapi pendekatan mungkin berbeza-beza. 

Saya kategorikan air kepada tiga jenis:

1. Air mati
Segala jenis air yang memudaratkan. Masih H20 tetapi ditokok tambah pewarna, perisa, dan bahan-bahan kimia lain yang mengubah wajah air dari bersih menjadi "kotor". Contoh: air kopi, minuman tin dan lain-lain. Air ini dianggap "mati" - tiada lagi roh air di dalamnya.
Termasuk di dalam kategori ini juga adalah air RO atau air suling - air yang telah diproses agar tiada lagi bahan mineral dll. Sekadar cecair H20 "jernih" sahaja. Air ini tidak membawa sebarang maklumat.
2. Air hidup
Air yang datang dari sumber-sumber asli seperti telaga, air terjun, air hujan dan banyak lagi. Biasanya tidak selamat untuk diminum secara terus.
3. Air hidup berpenawar
Air yang secara sifat semulajadi (dan kurniaan Allah SWT) melalui proses mineralisasi dan pensucian tersendiri untuk menghasilkan air yang selamat untuk diminum DAN mempunyai khasiat-khasiat. Contohnya: air zam-zam, air dari lembah Hunza (Pakistan), air pergunungan Okinawa (Jepun) dan banyak lagi. 

Ketika saya menjalani rawatan Kemoterapi saya mendapati pengambilan air-air pelbagai jenis ini membawa kesan sampingan mendalam terhadap rawatan. Saya terutamanya merasai perbezaan di antara air masak vs air mineral vs air zam zam.

Jadi konsep saya disebalik ciptaan Rx-Water adalah untuk sekurang-kurang menghasilkan air hidup berpenawar yang terbaik secara sistem mekanikal bagi kegunaan orang-ramai. Ianya mungkin tidak sebaik seperti yang datang secara semulajadi tetapi penggunaannya lebih praktikal untuk seharian. 

+++++++++++++++++++++++++

PESANAN ADMIN

Bagi pengguna Rx-Water generasi pertama (2003-2009) atau mana-mana penapis bernilai melebihi RM500, dapatkan pakej Trade-In dengan potongan sehingga RM1000 untuk Produk Rx-Water (Generasi 2) berserta Pakej Katrij 2 TAHUN.

Untuk konsultansi/pembelian, boleh hubungi Sri (wasap/sms) 012.665.1657. 



0 comments:

Post a Comment