Monday, September 7, 2015

(TIPS) Terapi Air Part IV

(Tips dari Dato' Dr. Noordin Darus Fb

Sambungan dari Part III adalah jawapan kepada persoalan yang bagus dari salah seorang pembaca. 

1. Adakah air Reverse Osmosis bagus? 

Sebelum menjawab persoalan ini, harus dibezakan sistem penapisan air RO dengan konsep RO itu sendiri. Ada sistem penapisan air rumah berteraskan konsep RO tetapi telah ditambah nilai bagi menjawab kritikan terhadap air RO. 

Konsep RO itu sendiri bermula sebagai air tulen untuk tujuan perindustrian. Ia membuang segala jenis kotoran dan mineral menghasilkan air tulen seakan-akan air suling. Ini bagus bagi tujuan perindustrian tetapi tidak sesuai untuk diambil secara jangka masa panjang bagi tubuh badan manusia kerana ketiadaan sebarang mineral. 

Antara kritikan air RO termasuklah ketiadaan mineral & air yang bersifat terlalu asidik. Kelebihan air RO adalah ianya bebas sebarang pencemaran.
Pendapat saya adalah lebih baik jika boleh mencari sumber air minuman yang lebih menyerupai air minuman semulajadi. 

2. Apa pengalaman saya sewaktu menjalani kemoterapi dan reaksi terhadap jenis-jenis air diminum?

Kemoterapi adalah rawatan kanser yang membunuh sel-sel kanser di dalam tubuh badan. Di dalam proses itu, ianya juga menyebabkan kemusnahan sel-sel sihat (penjelasan ringkas). Antara kesan sampingan yang ketara adalah mudah jatuh sakit, keguguran rambut, lemah lesu dan hilang selera makan. 

Ketika saya menjalani rawatan, saya dihidangkan makanan dan air dari hospital. Memang tiada selera, jadi biasanya ahli keluarga akan bawa makanan dan minuman sendiri. Jelas dibandingkan perbezaan deria selera apabila saya minum air dari hospital dan air botol mineral (yang dibeli). Air masak SUSAH sangat untuk saya telan tetapi air mineral lebih mudah. Tetapi perbezaan paling ketara apabila saya diberikan air zam zam untuk diminum. Bukan sahaja lebih mudah diminum, tetapi ianya juga menambah "perasa" dalam selera makan. 

Dari situlah saya cuba melihat kenapa ini terjadi, dan membandingkannya dengan pesakit pesakit lain yang tidak cuba mendalami terapi air minuman sebagai alat bantuan. 

3. Inspirasi dan teknologi di sebalik RxWater

Saya inginkan air yang bersih, tetapi mempunyai kandungan mineral berserta ada proses penapisannya yang saya percaya membantu menghasilkan air yang lebih "menyihatkan".

Menghasilkan air yang bersih amat mudah. Mana-mana sistem penapisan pun akan menghasilkan air yang lebih bersih dan baik dari air paip dan air masak. 

Tetapi untuk acuan mineral dan aura air itu memerlukan eksperimen serta sistem kepercayaan tersendiri. Untuk sistem Rx-Water versi II saya meletakkan tugasan itu kenapa penapis Bamboo-Qun (arang buluh), bebola kristal, mineralized clay (tanah liat bermineral) dan beberapa komponen lain supaya menghasilkan air yang saya selesa acuannya. 

Begitu juga dengan proses penapisan 4 katrij, mengikut lawan arah jam, maklumat yang dipindahkan ke bebola kristal dan banyak lagi. 

Acuan ini boleh kita lihat di dalam laporan makmal. Lain penapis akan ada lain komposisinya. Saya hormati semua sistem di pasaran dan percaya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada pembeli mengikut objektif pembelian, kemampuan dan kepercayaan terhadap penerangan yang diberikan. 

Secara peribadi, saya sendiri dah lebih 14 tahun sejak menjalani rawatan kanser dan sepanjang tempoh tersebut saya sentiasa mengekalkan terapi air minuman (saya guna RxWater). Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan misi saya membantu sekurang-kurangnya 1,000,000 pesakit.

+++++++++++++++++++++++++

PESANAN ADMIN

Bagi pengguna Rx-Water generasi pertama (2003-2009) atau mana-mana penapis bernilai melebihi RM500, dapatkan pakej Trade-In dengan potongan sehingga RM1000 untuk Produk Rx-Water (Generasi 2) berserta Pakej Katrij 2 TAHUN.

Untuk konsultansi/pembelian, boleh hubungi Sri (wasap/sms) 012.665.1657. 





 


0 comments:

Post a Comment